Rabu, November 18, 2009

BUAT PENAT SAJA


Salam Diari,

Dah 2 hari berlalu tapi sampai hari ni masih belum hilang bad mood ni. Tak tau nak salahkan siapa. Tapi ku harus lepaskan marah ni supaya tak terpendam dan makan diri. Marah sekadar lepaskan cakap saja. Yg dengar pun diri sendiri. Kalau ada yg dengar pun dengarlah... tak kisah. Tapi dah dengar tu diam2... Yg pergi sampuk tu buat apa? Makin tambahkan panas je hati ni.

Kalau tak kerana ada orang yg menumpang dalam bilik ku, ku tak perlu bertukar2 comp/laptop. Kalau kat bilik tu semua copy ku save kat external hard drive. Sejak orang pakai bilik tu, terpaksa save sementara gunakan thumbdrive supaya senang nak edit bila gunakan laptop pada malam hari (pun org punya) Penat tau beraleh2 macam tu... Dah tu edition terbaru yg ku buat melalui thumbdrive je boleh terlupa nak save kat comp... haiz... siapa sangka tiba2 pulak thumbdrive tu unreadable. Langsung tak boleh open.

Penat je ku perah otak cari idea dan type sinopsis penuh untuk novelku. 6 pages kesemuanya dah siap diedit. Hanya tinggal semak sebelum ku hantar dan print untuk persiapan masa seminar nanti. Kenapa yg satu tu boleh ku lupa untuk savekan kat hard drive? Belum pernah aku menyesal sampai menangis macam ni. Memang boleh buat semula tapi dalam keadaan yg takde mood macam ni mana boleh ku siapkan semua sama seperti yg mula2. Aku rasa itulah sinopsis terbaik yg sudah ku siapkan sejauh ni.

Sampai bilalah aku harus tunggu utk kekal pakai comp ku sendiri? Dia org suruh alehkan je comp tu letak kat luar jadi ku boleh gunakan bila2 masa. Aku yg tak nak sebab kalau sipenumpang tu lihat bilik tu makin dikosongkan, makin banyak pulak barang dia yg masuk nanti. Makin lamalah dia menumpang dalam bilik tu.

Dalam rasa marah terhadap kecuaian sendiri, aku bersyukur kesemua novel2 dan cerpen2 simpanan ku masih selamat sebab copynya dah ada dalam external hard drive.


Salam Sayang
~Putri Lily~

Ahad, November 15, 2009

4 BULAN BERLALU



Salam Diari,

Dah 4 bulan berlalu. Begitu lama rasanya ku tak upload blog ni. Bukan lupa tapi langsung tak ada masa. Sesekali jenguk ke sini juga sebab ada yg ingin ku luahkan. Namun semuanya pasti mencuri masaku sedangkan masa yg ada utk 4 bulan itu begitu terhad utk ku. Yah... aku perlu belajar mendisiplin kan diri dlm membahagikan masa. Setiapa masa yg berlalu begitu saja amat ku sesali.

Dalam masa 4 bulan lepas banyak perkara telah ku lalui. Lepas seperkara, seperkara lagi berlalu. Kini hanya tinggal beberapa perkara lagi utk ku laksanakan di masa2 kini. Yg terpenting ialah menyiapkan bekalan utk jualan amal pada bulan Dec nanti. Aku harap dpt siapkan sebelum aku bercuti ke KL awal Dec nanti. Insya-Allah.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Khamis, Julai 23, 2009

TERINGIN NAK CERITA


Salam Diari,

Apabila dia menumpang di rumah keluargaku, tak apa... Apabila dia menumpang di bilik kerjaku, tak apa... Apabila aku harus mengalah tak dpt gunakan komputerku di malam hari seperti selalu, tak apa... Apabila ada hari-harinya kami sama-sama tak bekerja, yah.. kebetulankan, tak apa. Kerana masih ada ahli keluarga lain antara kami...

Tetapi mlm tadi bila ku sampai rumah pulang dari kerja, keluarga ku tiada... Sedangkan dia sendirian di rumah... tak apa juga. Dalam kepenatan, dalam gerimis hujan, rumah ku tinggalkan.. Seorang diri ku duduk di McDonald menanti keluargaku pulang. Boring betul.. Ingat balik cepat dpt tengok APM.

Bukan tak pernah ku tinggal sendirian di rumah. Malah ada yg hampir ke pukul 1 am. Tapi utk masa sekarang ni.. tak akan lagilah.. Aku lebih rela keluar. Tapi kalau sampai ke waktu itu, mana nak pergi seh. Padahal kalau dpt merayap memanglah best..

Bila dah berdepan dgn keluarga, aku dimarahi.

“Tak tau takut eh! Dah mlm2 duduk sorang2 kat bawah?”

Takut? Org kat bawah agaknya takut lihat ku. Maklum dgn baju kerja, T-shirt putih scarf putih.. nasib seluar hitam. Kata keluargaku lagi..

“Kalau jadi apa2 siapa yg susah? Balik duduk diam2 dlm bilik sudahlah!”

Dalam rajuk aku menjawap..

“Saya tak takut dpt susah duduk kat bawah, tapi lebih takut duduk kat rumah. Takut dpt fitnah..”

Salam Sayang
~Putri Lily~