Rabu, November 18, 2009

BUAT PENAT SAJA


Salam Diari,

Dah 2 hari berlalu tapi sampai hari ni masih belum hilang bad mood ni. Tak tau nak salahkan siapa. Tapi ku harus lepaskan marah ni supaya tak terpendam dan makan diri. Marah sekadar lepaskan cakap saja. Yg dengar pun diri sendiri. Kalau ada yg dengar pun dengarlah... tak kisah. Tapi dah dengar tu diam2... Yg pergi sampuk tu buat apa? Makin tambahkan panas je hati ni.

Kalau tak kerana ada orang yg menumpang dalam bilik ku, ku tak perlu bertukar2 comp/laptop. Kalau kat bilik tu semua copy ku save kat external hard drive. Sejak orang pakai bilik tu, terpaksa save sementara gunakan thumbdrive supaya senang nak edit bila gunakan laptop pada malam hari (pun org punya) Penat tau beraleh2 macam tu... Dah tu edition terbaru yg ku buat melalui thumbdrive je boleh terlupa nak save kat comp... haiz... siapa sangka tiba2 pulak thumbdrive tu unreadable. Langsung tak boleh open.

Penat je ku perah otak cari idea dan type sinopsis penuh untuk novelku. 6 pages kesemuanya dah siap diedit. Hanya tinggal semak sebelum ku hantar dan print untuk persiapan masa seminar nanti. Kenapa yg satu tu boleh ku lupa untuk savekan kat hard drive? Belum pernah aku menyesal sampai menangis macam ni. Memang boleh buat semula tapi dalam keadaan yg takde mood macam ni mana boleh ku siapkan semua sama seperti yg mula2. Aku rasa itulah sinopsis terbaik yg sudah ku siapkan sejauh ni.

Sampai bilalah aku harus tunggu utk kekal pakai comp ku sendiri? Dia org suruh alehkan je comp tu letak kat luar jadi ku boleh gunakan bila2 masa. Aku yg tak nak sebab kalau sipenumpang tu lihat bilik tu makin dikosongkan, makin banyak pulak barang dia yg masuk nanti. Makin lamalah dia menumpang dalam bilik tu.

Dalam rasa marah terhadap kecuaian sendiri, aku bersyukur kesemua novel2 dan cerpen2 simpanan ku masih selamat sebab copynya dah ada dalam external hard drive.


Salam Sayang
~Putri Lily~

Ahad, November 15, 2009

4 BULAN BERLALU



Salam Diari,

Dah 4 bulan berlalu. Begitu lama rasanya ku tak upload blog ni. Bukan lupa tapi langsung tak ada masa. Sesekali jenguk ke sini juga sebab ada yg ingin ku luahkan. Namun semuanya pasti mencuri masaku sedangkan masa yg ada utk 4 bulan itu begitu terhad utk ku. Yah... aku perlu belajar mendisiplin kan diri dlm membahagikan masa. Setiapa masa yg berlalu begitu saja amat ku sesali.

Dalam masa 4 bulan lepas banyak perkara telah ku lalui. Lepas seperkara, seperkara lagi berlalu. Kini hanya tinggal beberapa perkara lagi utk ku laksanakan di masa2 kini. Yg terpenting ialah menyiapkan bekalan utk jualan amal pada bulan Dec nanti. Aku harap dpt siapkan sebelum aku bercuti ke KL awal Dec nanti. Insya-Allah.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Khamis, Julai 23, 2009

TERINGIN NAK CERITA


Salam Diari,

Apabila dia menumpang di rumah keluargaku, tak apa... Apabila dia menumpang di bilik kerjaku, tak apa... Apabila aku harus mengalah tak dpt gunakan komputerku di malam hari seperti selalu, tak apa... Apabila ada hari-harinya kami sama-sama tak bekerja, yah.. kebetulankan, tak apa. Kerana masih ada ahli keluarga lain antara kami...

Tetapi mlm tadi bila ku sampai rumah pulang dari kerja, keluarga ku tiada... Sedangkan dia sendirian di rumah... tak apa juga. Dalam kepenatan, dalam gerimis hujan, rumah ku tinggalkan.. Seorang diri ku duduk di McDonald menanti keluargaku pulang. Boring betul.. Ingat balik cepat dpt tengok APM.

Bukan tak pernah ku tinggal sendirian di rumah. Malah ada yg hampir ke pukul 1 am. Tapi utk masa sekarang ni.. tak akan lagilah.. Aku lebih rela keluar. Tapi kalau sampai ke waktu itu, mana nak pergi seh. Padahal kalau dpt merayap memanglah best..

Bila dah berdepan dgn keluarga, aku dimarahi.

“Tak tau takut eh! Dah mlm2 duduk sorang2 kat bawah?”

Takut? Org kat bawah agaknya takut lihat ku. Maklum dgn baju kerja, T-shirt putih scarf putih.. nasib seluar hitam. Kata keluargaku lagi..

“Kalau jadi apa2 siapa yg susah? Balik duduk diam2 dlm bilik sudahlah!”

Dalam rajuk aku menjawap..

“Saya tak takut dpt susah duduk kat bawah, tapi lebih takut duduk kat rumah. Takut dpt fitnah..”

Salam Sayang
~Putri Lily~

Jumaat, Julai 03, 2009

AWARD DAN TAG DARI TEMAN2 LAGI


Salam Diari,

Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam minggu ni. Dalam perkerjaan, penulisan dan dalam kehidupan. Semuanya memerlukan masa. Sementara masa begitu terhad. Dan rasanya masa begitu pantas berlalu sehingga ku rasa tak mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa. Tapi takpelah.. lupakan saja soal tu dulu..
Hari ni ku berpeluang mencuri sedikit masa untuk memaparkan award dan tag pemberian teman2 blogger. Dah lama sebenarnya dapat, baru ni ada masa nak ambil.

Berikut ialah award pemberian farahusain. Terima kasih farah..


1) Postkan gambar di blog-
dah pun..

2) Sebutkan siapa yang memberi anugerah ini dan sertakan pautan blog pemberi anugerah-

3) Beri anugerah ini kepada lima orang sahabat-
hmm.. ini yg susah sikit ni. Macam ni lah kan.. ku beri pada pengunjung blog ini, sesiapa saja yg sudi mengambilnya.

* * * * * * * * *

Ini pula tag dari Amirah Abd Hamid. Terima kasih amirah.. :)

1. nyatakan usia blog anda
Hmm.. kira2 baru 4 bulan gitu..

2. terangkan kenapa anda berblogging
Nak ikutkan malas.. tapi disebabkan ramai yg bertanya blog ku utk membaca terus karya2 ku di blog, terpaksalah rajinkan diri. Kebetulan disokong oleh bos..

3. nyatakan blog pertama yg anda bace
Blog dari teman blogger juga, LeaQistina.

4. letakkan n3 pertama dlm blog anda
Entry pertama bukan di blog ini tapi blog Impian Putri. Nak letak kat sini panjanglah. Ianya sebuah cerpen bertajuk Dia Rupanya. Nak tengok silalah ke blog tu.

5. huraikan entry tersebut
Oh cerpennya mengisahkan ‘perbualan’ seorang AKU bersama teman chattingnya yg diarasakan berbeza dari kenalan yg lain. Namun akhirnya keperbezaan itu sememangnya jauh berbeza dari apa yg terfikir olehnya. Ingin tahu silalah baca cerpen tu..

6. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda.


k.. tu dia.. mestilah bunga lily.. :)

7. harapan anda
Harapan agar dgn berblog begini, ku lebih mengenali ramai kerenah insan2 di luar sana seperti mereka mengenali ku melalui ketiga2 blog ku.

8. pas tag nie pada sape yg anda nk..
Hmm.. rasa2nya semua dah dpt tag yg sama.. takpelah kepada sesiapa yg menjenguk ke blog ni dan terbaca, silalah salin tag ni. Tapi dah ambil bilang ye jadi ku boleh baca apa jawapan kalian pada soalan2 tag ni.
Salam Sayang
~Putri Lily~

Sabtu, Jun 13, 2009

TEPUKAN DARI RAKAN BLOGGER


Salam Diari,

Ku terima tepukan dari seorang kenalan blogger lagi, -Ain-Dak In-.
Terima kasih ain utk pemberian tu.. Menurut syarat ku harus mengedarnya kepada 10 orang teman Islam lain, tapi takpelah.. ku berikan pada seluruh umat Islam yg mengunjungi blog ku sebagai penghargaan. Dengan harapan semakin tebal keimanan kita dan semakin cerah dunia Islam. Amin..

Salam Sayang
~Putri Lily~

Khamis, Jun 04, 2009

IDEA DATANG DI WAKTU SIBUK


Salam Diari,

Dah lama tak meluahkan di sini. Sampai saat2 hendak menaib, ku lupa apa yg ingin ku luahkan. Padahal hari2 sebelumnya, menimbun perkara yg masuk dalam fikiran. Semuanya perlu untuk ku savekan dalam diari ni.

Perkara yg terpenting ingin ku luahkan ialah, ku semakin bersemangat utk edit cerita PBC. Pada awalnya ku seakan tertekan kerana langsung tiada idea untuk edit cerita tu. Pada ku semuanya dah sempurna baik dari awalan, pertengahan dan endingnya. Susah nak ubah2kan lagi bagi mencukupikan bilangan halamannya.

Namun semenjak akhir2 ini, idea datang mencurah2. Tiap2 malam di kala sunyi ku habiskan masa ku dengan mengedit cerita tu. Penat menaib ku ulang membaca. Bila dah edit cerita tu jadi tambah menarik... pada pandangan ku lah.. tak taulah pandangan yg lain.

Apa yg merungsingkan apabila semangat tu datang, waktu siang ku yg sepatutnya ku gunakan untuk kerja lain juga ku gunakan untuk mengedit cerita. Last2 kerja ku jadi tergendala.. sekarang dah bulan Jun.. tak lama lagi dah nak Ramadhan. Kalau boleh ku tak nak bulan Ramadhan ku sibuk memanjang seperti tahun2 sudah. Ingin ku habiskan tempahan2 sebelum Ramadhan, tapi ilham dan semangat menaib tak boleh kubiarkan lepas gitu saja. Sebabnya ku ingin buah tangan ku ini cepat capai 100% dan boleh hantar ke publisher untuk dinilaikan. Haiz.. penat memikirkan..

Tapi ku sedar, kita tak boleh tamak untuk mencapai sesuatu. Takut yg dikejar tak dapat yg digendong kececeran..

Salam Sayang
~Putri Lily~

Khamis, Mei 21, 2009

TAG DARI KASEH

Salam Diari,


Dpt tag lagi dari teman, kali ni dari Kaseh.. mekasih Kaseh. Inilah tag terpanjang yg harus ku jwp. Dah lama sebenarnya Kaseh beri tag ni baru ni sempat ambil. Sorry ye Kaseh.. :)

1) Apakah hubungan awak dengan dia (INSAN YANG MENGETAG ANDA)?
* Hanya teman blogger

2) 5 impressions terhadap si dia..
* Tak tau nak terangkan. Nak tau tengok dan nilaikan sendiri

3) Perkara yang paling memorable dia pernah lakukan kat awak?
* Pertama kali dia menjenguk dan mengikuti blog ku


4) Orable dia cakap kat awak?
* Tak pernah cakap apa2.. type msg je


5) Kalau dia kekasih awak, awak akan?
* Mustahil sebab dia perempuan


6) Kalau dia jadi musuh anda, anda akan?
* Cuba berbaik sampai jadi kawan


7) Kalau dia jadi kekasih anda, dia perlu improve dalam?
* Asik kekasih je.. tapi kalau cuma 'kalau' oklah, improvekan lagi penulisannya


8) Kalau dia jadi musuh anda mungkin kerana..
* Jeles dengan kecantikan ku ke? (jgnlah perasan Lily) hahaha

9) Overall impresion tentang dia?
* Dia memang boleh jadi teman blogger yg understand sepanjang masa

10) The most desirable thing to do to her/him?
* Boleh berkongsi pendapat, mungkin?

11) Apakah anda rasa tentang pandangan orang terhadap anda?
* Tu kena tanya kat oranglah sebab ku tak rasa apa2.. tak pernah wasangka

12) The character of you for yourself..
* Kadang2 berterus terang.. kadang2 perahsia

13) On contrary, the character you hate about you..
* Tak reti jadi orang yg terdahulu.. no selfconfiden.. :(

14) The ideal person you want to be with..
* Biarlah rahsia.. bagitau pun tak mungkin ada jodoh

15) For people who like you, tell something about them.
* Sangat2 menghargai jika benar diri ni disukai

16) Ten people you tag
* hmm.. rasa2nya semua teman blogger dah kena tagged. Apa kata ku tag si bunga2 ni.
(org tak buat biar ku buat. susah dpt idea ni tau)

1. Mawar
2. Lili
3. Matahari
4. Tulip
5. Bunga Tropical
6. Anggrek
7. Melati
8. Melur
9. Cactus
10. Cempaka

17) Number 2 ada hubungan dengan siapa?
* Mestilah dengan diri ku


18) Is number 3 male or female..
* Sebab di panggil begitu, mungkin male gaknya

19) If number 7 dengan number 10 ada relationship.. Is it a good thing?
* I thing ok oklah.. boleh jadi nama dua beradik


20) Number 1 belajar apa?
* Tengah belajar tumpulkan durinya

21) Macam mana dengan number 5 dan number 8?
* No 5 tak berapa popular tapi no 8 popular


22) Number 4 single ke?
* Tak lah.. selalu nampak dengan Iris

23) Say something about number 6..
* Hmm.. nick ku di satu lelaman Melayu di Singapura

24) Number 9 kelakar ker?
* A'ah kelakar habis... sesuai dengan tubuhnya yg berduri

Alhamdulillah dah dapat juga ku jwp semua..


Salam Sayang
~Putri Lily~

Rabu, Mei 20, 2009

AWARD SETERUSNYA DARI MISS KIRA

Salam Diari,

Inilah award seterusnya yg ku dapat dari teman blogger, Miss Kira. Terima kasih Kira tak lupa dengan nama ku.. :) Tapi.. betul ke ku ni beautiful?

Syarat-syarat sah jual-beli award ini..
*Pastikan jantina anda ialah perempuan
*Copy badge sebagai award anda
*Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi seorang perempuan

Ok..
1) Tentu ada hikmahnya kenapa ku dilahirkan sebagai perempuan

2) Boleh bergelar serikandi

3) berada dalam lingkungan gelaran nenek, ibu, kakak, girl fren, permaisuri, putri dll

4) tak minat nak jadi ketua keluarga seperti lelaki

5) ingin dijaga di bawah lindungan lelaki

6) boleh bardandan sakan

7) kalau ku lelaki, tentu tak dapat award seperti ni kan.. :)

*Passkan award ini kepada girlfriends anda

Ok untuk kawan2 perempuanku yg sememangnya cantik2 belaka..

*wo_hidayah 85

*niz

*oryzasativa

*princess

*Mya_imeiza

(Mereka2 ni adalah teman blogger yg tak dpt ku hubungi kerana tak tinggalkan link mereka. Tapi ku tahu mereka mengikuti dan membaca blog ku. Sebagai penghargaan, terimalah award ini. Terima kasih kerana membaca.)

Salam Sayang

~Putri Lily~

Selasa, Mei 19, 2009

AWARD DARI TEMAN LAGI



Salam Diari,

Ku dapat award lagi dari teman blogger, Lea Qistina. Terima kasih teman untuk award yg comel ni. Nasib kali ni tak perlu jawap apa2 pun.. hehe..

Hmm.. seperkara lagi, hari ni juga hari pertama ku berchatting dengan Lea di messenger.. :)

Salam Sayang
~Putri Lily~

Sabtu, Mei 16, 2009

BUNGA LAMBANG KELAHIRANKU


Salam Diari,

Hari ini seperti yg pernah ku janjikan dengan seorang teman blogger, akan ku pertunjukkan bunga kelahiranku, bulan Mei. Namanya Lily of the valley. Kecil-kecil dan putih.. cantikkan?

Ada berbagai tanggapan tentang bunga lili dan bulan Mei ni.. namun pengertiannya lebih kurang sama. Satu artikal yang ku terbaca, tak kira bunga lili yang bernama apa asalkan bunga lili, sangat dikagumi orang-orang Yunani Kuno dan diyakini bermula dari air susu Hera, Ratu para Dewa. Sudah sejak lama dikaitkan dengan Bunda Maria, Lili Putih melambangkan kebijakan, sementara lili yang tumbuh di lembah mencerminkan kelembutan dan keramahan. Dalam bahasa bunga, bunga kelahiran Mei ini mengekspresikan kesucian hati, kebesaran dan penghargaan.

Ada pendapat lain pula, bunga lili yang sememangnya menjadi lambang kelahiran bulan Mei ialah Lily of the valley yang bermaksud manis, kembalinya kebahagiaan, kerendahan hati, kesucian yang sempurna.

Dan.. setiap pemberian bunga pada pasangan tentulah ada maknanya mengikut makna bunga yang diberi. Jadi pesan dengan pasangan masing-masing jika menghadiahkan anda bunga, jangan tersalah pilih bunga nanti lain maknanya.. hehe. Seperti Lily of the valley ni bermaksud 'Saya hanya mahu kamu sebagai kawan biasa, tidak lebih dari itu' Hmm tu dia.. jadi sesiapa teman-teman lelaki ku yang terbaca ni, faham-faham jelah maksud disebalik nama dan bunga lambang kelahiran ku ni.. :)
Ops! lagi satu.. walaupun kedengarannya bunga lili jenis ni agak menyenangkan dan.. hehe macam baik sangat gitu, tapi perlu diketahui juga Lily of the valley ni merupakan antara 10 jenis bunga paling beracun! Jadi fahamkan sendiri apa maknanya.. :)

Salam Sayang
~Putri Lily~

Selasa, Mei 12, 2009

DAPAT TAG LAGI DARI MISS KIRA

Salam Diari,

Seperti kata seorang teman blogger, ini adalah cara blogger yg baru ku ketahui. Ya mungkin dengan cara ini cara tak langsung apa yang mungkin ingin kita rahsiakan akan terbongkar sedikit2 kerana menjawap tiap tag yg diberi. Begitu ke? Hehe..

Tapi takpe, selagi boleh terjawap pasti akan ku jawap. Insya-Allah. Tag ini ku dapat dah berapa hari lepas, tapi baru hari ni free nak ambil. Terima kasih Miss Kira.


5 ciri pasangan idaman anda....

* 5 kebaikan yg ada pada Nabi Muhamad S.A.W.
(nk tahu, sila cari tahu sendiri)

5 jenis pasangan yang tidak pernah diminati sepanjang hidup

*Terlalu kikir dalam segala hal
*Tiada kewibawaan
*Tak rasional
*Sensitif
*Hipokrit

5 perasaan anda jika keluar dengan orang yang diminati

*Gemuruh
*Berdebar
*Malu
*Segan
*Bahgia

5 tempat istimewa yang ingin dilawati dengan pasangan anda

*Mekah/madinah
*Masjid2 seluruh dunia
*Pusat2 penjagaan anak2 yatim
*Rumah2 tumpangan orang2 tua
*Syurga.. :)

5 barangan istimewa yang akan dihadiahkan kepada si dia

*Ketulusan
*Penghormatan
*Kejujuran
*Keikhlasan
*Cinta/kasih sayang

5 tajuk lagu yang anda tujukan untuk si dia

*Dambaan (didcazli)
*Marah2 sayang (B8)
*Ayat2 cinta (Rossa)
*Jangan pernah berubah (ST 12)
*Aku tak akan bersuara (Nike Ardilla)

5 orang yang kena tag

Hmm.. ni yg susah.. Siapa lagi ye? Siapa2lah yg membaca blog ni dan ingin turut menjawap tag ni, dipersilakan.. :)

Salam Sayang
~Putri Lily~

Ahad, Mei 10, 2009

TAG DARI LEA QISTINA

Salam Diari,

Ini lagi satu habuan dari kenalan ku ni, Lea Qistina. Insya-Allah akan cuba beri info apa yg diinginkan. Terima kasih Lea.. :)

1. Nama timangan family

Lily

2. Anda seorang yang...

Yang macam2.. :) tak tahu menilai diri sendiri

3.Insan teristimewa dan kenapa dia adalah insan istimewa

Terlalu ramai yg istimewa dalam hidup ini.. tak tau nak pilih yg mana yg 'ter'

4. Lagu kesukaan

Kasihnya laila dari kumpulan Jinbara

5. Warna kegemaran

Ungu dan putih

6. Kali terakhir nangis

Setiap kali lepas solat yang betul2 khusyuk

7. Tagged rakan anda:

Miss Kira
Devoted
Ana-Fana
Yasmin
Nura
Amirah Hamid
Kaseh Esmiralda

Salam Sayang
~Putri Lily~

DAPAT AWARD LAGI

Salam Diari,

Alhamdulillah ku dapat award lagi dari seorang kenalan. Dah berapa hari dia kasi tapi baru hari ni free pergi ambil. Bukan pergi ke mana2 pun.. cuma ke blog nya dan copy/paste pemberiannya dan post kat blog ni. :) Terima kasih banyak2 teman. Pada mereka2 yg akan tercatat namanya di bawah nanti, sila copy/paste gambar dan Rules nya (yg text colour merah) Ok, ini award berikut..

Rules for this award:

1. Copy badge “2009 Cute’s 3logger Award” di atas untuk di letakkan di blog anda
Alhamdulillah terambil juga

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan anda award ini kepada anda
Ok nama dia Lea Qistina. Orangnya cantik. Blog2 dia pun menarik. Kalau tak caya lihat dan kunjungilah sendiri. Ini link2 dia..
* http://gemersikhatiberbisik.blogspot.com/
* http://kalamcoretanku.blogspot.com/
* http://coretanpenahati.blogspot.com/

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
* Suka membaca
* Minat menulis
* Suka warna ungu dan putih
* Gemar pada bunga lilies
* Suka dengar muzik
* Masih mengejar impian
* Mampu simpan rahsia
* Boleh sesuaikan diri dalam apa suasana pun
* Kadang2 berhayal
* Ingin tahu sesuatu yg baru

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan meyatakan nama mereka di blog anda
Hmm.. siapa eh. Oh! ok mereka ialah
* ~~JawaPan r!ndu~~ (~~denGarkAn SegAlanYa~~)
* Yasmin (Yasminku-yasmin)
* syahirah (MY LIFE!!)
* Dzahir (Simply...Devoted)
* Nura (NURANURANIKU)
* LZ (Imaginasi Sebuah Kisah)

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan memberitahu mengenai award ini
Insya-Allah akan ku beritahu mereka2 nanti

Salam Sayang
~Putri Lily~

Sabtu, Mei 02, 2009

AWARD DARI TEMAN BLOGGER

Salam Diari,

Wah! Tak menyangka akan dapat award macam ni. Jatuh pada hari ni pula tu.. hehe.

Alhamdulillah dapat award ni dari seorang kenalan blogger, Miss Kira. Terima kasihlah banyak2.. Buat susah2 je.. tapi sangat2 menghargai.. :)




Hmm.. ok lepas ni akan ku berikan juga pada kawan2 yg tertera namanya di sini. Hmm.. 6 orang je.. Kesian yg lain.. tapi takpelah.. lain kali mungkin eh.. Insya-Allah kalau dapat lagi.

Rules for these brilliant award:
1. copy paste the award at your blog once you got it
2. make an entry if this is like a GRAMMY award =P
3. tag 6 other blogger
4. never break the chain please...(optional)
Mereka2 adalah..
1) LeaQistina
2) ana-fana
3) Nura
4) Kaseh Esmiralda
5) LZ
dan.. hmm..
6) amirah hamid

Salam Sayang
~Putri Lily~

KAD HARI LAHIR KU


Salam Diari,

Alhamdulillah hari ini (2 Mei) ku diberi peluang sekali lagi utk menyambut tarikh kelahiranku. Tiada pengucapan apa lagi yg mampu ku luahkan selain kesyukuran dgn nikmat hidup selama usiaku sehingga saat ini.

Tuhan, bukan ku minta umur yg panjang tapi limpahkanlah kesihatan yg baik selama hayat ku supaya dapat ku abdikan diri untuk terus mengenali siapa Penciptaku. Amin..

Sempena hari ini juga, ku terima kad cantik pemberian seorang teman, ana-fana. Pemberian pertama dari kenalan blogger sejak ku buka blog ini pada March lalu. Canti sekali kad dan kata2 yg tertera. Ku sangat menghargai dan akan ku simpan pemberian itu di sini. Terima kasih ana.. :)

Salam Sayang
~Putri Lily~

Jumaat, Mei 01, 2009

TERIMA KASIH TEMAN


Salam Diari,

Setinggi2 ucapan terima kasih buat seorang teman blogger, ana-fana. Kerana menulis sesuatu tentang ku di blognya. Ya.. biarpun cuma sebaris dua ayat dan mungkin tak bermakna apa2 bagi yang lain namun bagi ku ianya tetap bernilai kerana dia begitu menghargai karya2 ku..

Yang jelasnya, dia juga tahu kesukaanku, bunga lily.. aduhai so touching.. hehe. Terima kasih teman.

Ini ku anggap sebagai satu pemberian. Teringat ku pada tahun lalu, ketika tarikh yg sama hampir tiba beberapa hari sebelumnya, ku juga terima beberapa rangkap kata-kata, puisi dan juga luahan dari beberapa orang kenalan yg ditujukan khas untuk ku. Semuanya ku simpan sebagai hadiah ulang tahunku..

Sesungguhnya bukan hadiah yang mahal dan berjenama yang jadi pilihan, cukup hanya sekalung doa dan peringatan. Dan juga kata-kata ikhlas dari hati. Itu yang termahal nilainya untuk ku kenang.

Di sini ku ingin berkongsi link apa yang dia coretkan buatku.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Ahad, April 26, 2009

ALHAMDULILLAH..


Salam buat diari,

Dah berapa hari tak update blog ni, hari ini ku ingin bercerita lagi. Alhamdulillah blog Impian Putri dah tak ada apa-apa masalah lagi. Harap-harap tak lagi.. hehe..

Lagi satu hal, hmm.. walaupun belum sampai tarikhnya tapi ku dah terima hadiah dari ibu tersayang dan adik beradik. Bertambah lagi koleksi kasut dan beg tangan ku.. Mereka kasi sepasang warna putih. Hmm.. kenapa putih eh? Hehe.. tak kisahlah.. Yg penting ku sangat-sangat menghargai pemberian itu.. Terima kasih keluargaku tersayang.. :)

Salam Sayang
~Putri Lily~

Ahad, April 19, 2009

APAHAL PULA NI?

Salam diari,


Apa pula masaalahnya hari ni susah nak buka blog Impian Putri. Dah dapat webnya tapi lepas tu hang dan kat sudut tu ada tertera 'Downloading data htpp://0.0.0.0/..' berkali-kali cuba tapi masih macam tu juga. Try buka blog kawan-kawan lain, ada 2 3 yg sama juga problem.

Tapi bila buka blog ku yg lain, ok pula. Haiz.. Macammana nak postkan sambungan cerita kalau macam ni? Yg pentingnya blog itulah yg problem. Betul-betulnya cubaan..

Harap-harap masaalah ini takkan lama..

Salam Sayang
~Putri Lily~

Isnin, April 06, 2009

ALHAMDULILLAH.. MENJADI JUGA


Salam diari,

Macammanalah tak liat nak buat blog, ku dah agak punya mesti nak kena duduk lama depan pc ni hanya untuk mengubah reka hias blog ni. Buat masa sekarang ni bukannya ku punya banyak masa. Tapi bila fikir blog yang belum sudah2 diubah.. ku tumpukan juga 'tugas' ni. Tu yang tidur lambat sejak berapa malam ni. Sampai pening kepala menjadi2.. Tapi takpe, yang pasti ianya selesai mengikut citarasa ku.

Banyak juga yang ku tak faham tentang pembuatan mengedit reka blog ni.. Sampai bertanya dengan kawan seperjuangan. Tapi alhamdulillah berkat usaha ku yang tak pernah putus asa, apa yang tak boleh buat dah buat pun.. hehe..

Masih berusaha untuk mencantikkan lagi blog ini..

Salam Sayang
~Putri Lily~

Ahad, April 05, 2009

SEPERTI TAK TERTANGGUNG SAKIT


Salam diari,

Dah 2 minggu ku menanggung sakit gusi. Haiz.. pada ku lah biarlah sakit lain, jangan sakit gigi atau gusi bengkak. Tak tahulah kalau orang lain.. tapi kalau ku, pasti nanti sakitnya akan terus menikam ke kepala. Pening semacam..

Tapi selalunya masih dapat bertahan. Telan panadol, kejap lepas tu dah hilang sakit. Kalau rasa sakit balik pun kadang-kadang selang sehari. Jumaat lepas dah tak rasa sakit, Alhamdulilllah lah.. Tapi pagi semalam sakitnya datang semula. Kali ni betul-betul teruk. Entahkan betul sakit tu datang dari gusi ku yang bengkak ke atau apa entah? ku rasa sakit yang terlebih-lebih ialah di bahagian kepala. Betul-betul tepi otak sebelah kiri, di mana sebelah situlah gusi ni bengkak. Sakitnya.. aduhai! Tak tercakap kat sini.

Makan panadol juga tapi kali ni lambat nak hilang bisanya. Malah makin menyusuk-nyusuk bisa kepala tu.. Sampaikan ku terbaring, menggigil badan ni tapi bukan kesejukan malah badan ku berpeluh tahan sakit. Sehinggakan.. ku menangis.

Apa-apa pun ku harap ianya takkan melarat dan insya-Allah akan jumpa doktor dalam masa berapa hari ni..

Salam Sayang
~Putri Lily~

Rabu, April 01, 2009

PERMULAAN DAN PERCUBAAN


Salam diari,

Sudah berapa ramai kenalan ku mempunyai blog mereka sendiri. Di mana mereka boleh mencatatkan berbagai kisah untuk dikongsi. Juga postkan karya-karya mereka untuk tatapan dan bacaan kenalan. Ku hanya jadi pengunjung blog-blog mereka tanpa meninggalkan apa-apa komen. Membaca tiap apa yang jadi catatan mereka. Sungguh, ku terpegun dengan daya kreatif mereka menghiasai blog-blog mereka.

Ramai juga kenalan-kenalan ku yang bertanya apa alamat blog ku? Aku sendiri tak tahu kenapa begitu payah untuk ku cuba berblog sendiri. Apabila seseorang yang dengan sukacitanya memintaku untuk cuba buka blog, kerana katanya dengan cara ini peminat yang minat membaca akan berpeluang mengenali dan menghayati karya-karyaku.

Setelah berfikir begitu lama.. aku mengambil keputusan untuk mencuba.. terkial-kial juga.. hehe.. Inilah hasilnya.. Namun belum banyak yang terisi. Semuanya masih baru dan dalam proses pembaikan. Nantilah.. sedikit demi sedikit.. Kerana ku juga punya cita rasa untuk hiasi blog sendiri.. Insya-Allah

Salam Sayang
~Putri Lily~