Khamis, Julai 23, 2009

TERINGIN NAK CERITA


Salam Diari,

Apabila dia menumpang di rumah keluargaku, tak apa... Apabila dia menumpang di bilik kerjaku, tak apa... Apabila aku harus mengalah tak dpt gunakan komputerku di malam hari seperti selalu, tak apa... Apabila ada hari-harinya kami sama-sama tak bekerja, yah.. kebetulankan, tak apa. Kerana masih ada ahli keluarga lain antara kami...

Tetapi mlm tadi bila ku sampai rumah pulang dari kerja, keluarga ku tiada... Sedangkan dia sendirian di rumah... tak apa juga. Dalam kepenatan, dalam gerimis hujan, rumah ku tinggalkan.. Seorang diri ku duduk di McDonald menanti keluargaku pulang. Boring betul.. Ingat balik cepat dpt tengok APM.

Bukan tak pernah ku tinggal sendirian di rumah. Malah ada yg hampir ke pukul 1 am. Tapi utk masa sekarang ni.. tak akan lagilah.. Aku lebih rela keluar. Tapi kalau sampai ke waktu itu, mana nak pergi seh. Padahal kalau dpt merayap memanglah best..

Bila dah berdepan dgn keluarga, aku dimarahi.

“Tak tau takut eh! Dah mlm2 duduk sorang2 kat bawah?”

Takut? Org kat bawah agaknya takut lihat ku. Maklum dgn baju kerja, T-shirt putih scarf putih.. nasib seluar hitam. Kata keluargaku lagi..

“Kalau jadi apa2 siapa yg susah? Balik duduk diam2 dlm bilik sudahlah!”

Dalam rajuk aku menjawap..

“Saya tak takut dpt susah duduk kat bawah, tapi lebih takut duduk kat rumah. Takut dpt fitnah..”

Salam Sayang
~Putri Lily~

Jumaat, Julai 03, 2009

AWARD DAN TAG DARI TEMAN2 LAGI


Salam Diari,

Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam minggu ni. Dalam perkerjaan, penulisan dan dalam kehidupan. Semuanya memerlukan masa. Sementara masa begitu terhad. Dan rasanya masa begitu pantas berlalu sehingga ku rasa tak mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa. Tapi takpelah.. lupakan saja soal tu dulu..
Hari ni ku berpeluang mencuri sedikit masa untuk memaparkan award dan tag pemberian teman2 blogger. Dah lama sebenarnya dapat, baru ni ada masa nak ambil.

Berikut ialah award pemberian farahusain. Terima kasih farah..


1) Postkan gambar di blog-
dah pun..

2) Sebutkan siapa yang memberi anugerah ini dan sertakan pautan blog pemberi anugerah-

3) Beri anugerah ini kepada lima orang sahabat-
hmm.. ini yg susah sikit ni. Macam ni lah kan.. ku beri pada pengunjung blog ini, sesiapa saja yg sudi mengambilnya.

* * * * * * * * *

Ini pula tag dari Amirah Abd Hamid. Terima kasih amirah.. :)

1. nyatakan usia blog anda
Hmm.. kira2 baru 4 bulan gitu..

2. terangkan kenapa anda berblogging
Nak ikutkan malas.. tapi disebabkan ramai yg bertanya blog ku utk membaca terus karya2 ku di blog, terpaksalah rajinkan diri. Kebetulan disokong oleh bos..

3. nyatakan blog pertama yg anda bace
Blog dari teman blogger juga, LeaQistina.

4. letakkan n3 pertama dlm blog anda
Entry pertama bukan di blog ini tapi blog Impian Putri. Nak letak kat sini panjanglah. Ianya sebuah cerpen bertajuk Dia Rupanya. Nak tengok silalah ke blog tu.

5. huraikan entry tersebut
Oh cerpennya mengisahkan ‘perbualan’ seorang AKU bersama teman chattingnya yg diarasakan berbeza dari kenalan yg lain. Namun akhirnya keperbezaan itu sememangnya jauh berbeza dari apa yg terfikir olehnya. Ingin tahu silalah baca cerpen tu..

6. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda.


k.. tu dia.. mestilah bunga lily.. :)

7. harapan anda
Harapan agar dgn berblog begini, ku lebih mengenali ramai kerenah insan2 di luar sana seperti mereka mengenali ku melalui ketiga2 blog ku.

8. pas tag nie pada sape yg anda nk..
Hmm.. rasa2nya semua dah dpt tag yg sama.. takpelah kepada sesiapa yg menjenguk ke blog ni dan terbaca, silalah salin tag ni. Tapi dah ambil bilang ye jadi ku boleh baca apa jawapan kalian pada soalan2 tag ni.
Salam Sayang
~Putri Lily~