Isnin, April 15, 2013

INGAT LAGI?

Salam Diari,

MasyaAllah... lama sekali blog ini ku biarkan bersawang. Hanya sesekali saja ku jenguk sekadar melepas rindu. Yah! Rindu sekali pada musim berblogging dulu-dulu. Rindu juga pada kenalan-kenalan lama di blog. Masih ingatkah mereka padaku?



Kalaulah kumasih punya banyak masa terluang seperti dulu... Haiz.

Insya-Allah jika berkesempatan.


Salam Sayang
~Putri Lily~

Selasa, April 17, 2012

KEMBALI SESAAT


Salam diari,

Ya Allah lama sekali ku menghilang dan membiarkan blog ini tinggal bersarang. Bukan hilang ke mana sebenarnya. Masih di tempat yang sama. Tapi entahlah... mungkin masa saja yang menghalang kebiasaaanku berblogger. Atau aku yang belum bijak mengatur masa.

Kenaikan pangkatku menambahkan tanggungjawab diatas bahu. Tuntutan kerja dan bebanan fikiran menjadikan diri ini sentiasa keletihan. Hilang sudah kerancakan jemari untuk bermain dengan keybord. Lenyap sudah keaktifan akal mencerna pelbagai idea. Ya Tuhan... aku rindu sangat dengan saat2 terluangku dulu.. aku rindu dengan idea2ku... dan aku rindu pada semua teman bloggerku.

Yah! Tiada siapa yang boleh mengubahnya melainkan diri sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Akan kucuba...

Salam Sayang
~Putri Lily~

Isnin, Disember 13, 2010

DAH BERSARANG!


Salam Diari,

Ya Allah! lamanya ku tak menjenguk ke blog usang ni. Untuk mencatatkan perkhabaran terbaru apalah lagi. Tak tahulah ke mana ku pergi dan apa yg kulakukan, sehingga begitu terhad masaku sepanjang hari sejak beberapa bulan ni.

Apa yg kusedari, ianya bermula sejak aku sudah mula diambil bekerja sepenuh masa. haiz...

Rindunya pada semua yg berhubung kait dgn blogger. Ya Allah!

Salam Sayang
~Putri Lily~