Ahad, April 26, 2009

ALHAMDULILLAH..


Salam buat diari,

Dah berapa hari tak update blog ni, hari ini ku ingin bercerita lagi. Alhamdulillah blog Impian Putri dah tak ada apa-apa masalah lagi. Harap-harap tak lagi.. hehe..

Lagi satu hal, hmm.. walaupun belum sampai tarikhnya tapi ku dah terima hadiah dari ibu tersayang dan adik beradik. Bertambah lagi koleksi kasut dan beg tangan ku.. Mereka kasi sepasang warna putih. Hmm.. kenapa putih eh? Hehe.. tak kisahlah.. Yg penting ku sangat-sangat menghargai pemberian itu.. Terima kasih keluargaku tersayang.. :)

Salam Sayang
~Putri Lily~

Ahad, April 19, 2009

APAHAL PULA NI?

Salam diari,


Apa pula masaalahnya hari ni susah nak buka blog Impian Putri. Dah dapat webnya tapi lepas tu hang dan kat sudut tu ada tertera 'Downloading data htpp://0.0.0.0/..' berkali-kali cuba tapi masih macam tu juga. Try buka blog kawan-kawan lain, ada 2 3 yg sama juga problem.

Tapi bila buka blog ku yg lain, ok pula. Haiz.. Macammana nak postkan sambungan cerita kalau macam ni? Yg pentingnya blog itulah yg problem. Betul-betulnya cubaan..

Harap-harap masaalah ini takkan lama..

Salam Sayang
~Putri Lily~

Isnin, April 06, 2009

ALHAMDULILLAH.. MENJADI JUGA


Salam diari,

Macammanalah tak liat nak buat blog, ku dah agak punya mesti nak kena duduk lama depan pc ni hanya untuk mengubah reka hias blog ni. Buat masa sekarang ni bukannya ku punya banyak masa. Tapi bila fikir blog yang belum sudah2 diubah.. ku tumpukan juga 'tugas' ni. Tu yang tidur lambat sejak berapa malam ni. Sampai pening kepala menjadi2.. Tapi takpe, yang pasti ianya selesai mengikut citarasa ku.

Banyak juga yang ku tak faham tentang pembuatan mengedit reka blog ni.. Sampai bertanya dengan kawan seperjuangan. Tapi alhamdulillah berkat usaha ku yang tak pernah putus asa, apa yang tak boleh buat dah buat pun.. hehe..

Masih berusaha untuk mencantikkan lagi blog ini..

Salam Sayang
~Putri Lily~