Sabtu, Mei 02, 2009

KAD HARI LAHIR KU


Salam Diari,

Alhamdulillah hari ini (2 Mei) ku diberi peluang sekali lagi utk menyambut tarikh kelahiranku. Tiada pengucapan apa lagi yg mampu ku luahkan selain kesyukuran dgn nikmat hidup selama usiaku sehingga saat ini.

Tuhan, bukan ku minta umur yg panjang tapi limpahkanlah kesihatan yg baik selama hayat ku supaya dapat ku abdikan diri untuk terus mengenali siapa Penciptaku. Amin..

Sempena hari ini juga, ku terima kad cantik pemberian seorang teman, ana-fana. Pemberian pertama dari kenalan blogger sejak ku buka blog ini pada March lalu. Canti sekali kad dan kata2 yg tertera. Ku sangat menghargai dan akan ku simpan pemberian itu di sini. Terima kasih ana.. :)

Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan Lily sangat menghargainya.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~