
Salam Diari,
Dah lama tak meluahkan di sini. Sampai saat2 hendak menaib, ku lupa apa yg ingin ku luahkan. Padahal hari2 sebelumnya, menimbun perkara yg masuk dalam fikiran. Semuanya perlu untuk ku savekan dalam diari ni.
Perkara yg terpenting ingin ku luahkan ialah, ku semakin bersemangat utk edit cerita PBC. Pada awalnya ku seakan tertekan kerana langsung tiada idea untuk edit cerita tu. Pada ku semuanya dah sempurna baik dari awalan, pertengahan dan endingnya. Susah nak ubah2kan lagi bagi mencukupikan bilangan halamannya.
Namun semenjak akhir2 ini, idea datang mencurah2. Tiap2 malam di kala sunyi ku habiskan masa ku dengan mengedit cerita tu. Penat menaib ku ulang membaca. Bila dah edit cerita tu jadi tambah menarik... pada pandangan ku lah.. tak taulah pandangan yg lain.
Apa yg merungsingkan apabila semangat tu datang, waktu siang ku yg sepatutnya ku gunakan untuk kerja lain juga ku gunakan untuk mengedit cerita. Last2 kerja ku jadi tergendala.. sekarang dah bulan Jun.. tak lama lagi dah nak Ramadhan. Kalau boleh ku tak nak bulan Ramadhan ku sibuk memanjang seperti tahun2 sudah. Ingin ku habiskan tempahan2 sebelum Ramadhan, tapi ilham dan semangat menaib tak boleh kubiarkan lepas gitu saja. Sebabnya ku ingin buah tangan ku ini cepat capai 100% dan boleh hantar ke publisher untuk dinilaikan. Haiz.. penat memikirkan..
Tapi ku sedar, kita tak boleh tamak untuk mencapai sesuatu. Takut yg dikejar tak dapat yg digendong kececeran..
Salam Sayang
~Putri Lily~
~Putri Lily~





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan Lily sangat menghargainya.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~