Jumaat, Julai 03, 2009

AWARD DAN TAG DARI TEMAN2 LAGI


Salam Diari,

Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam minggu ni. Dalam perkerjaan, penulisan dan dalam kehidupan. Semuanya memerlukan masa. Sementara masa begitu terhad. Dan rasanya masa begitu pantas berlalu sehingga ku rasa tak mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa. Tapi takpelah.. lupakan saja soal tu dulu..
Hari ni ku berpeluang mencuri sedikit masa untuk memaparkan award dan tag pemberian teman2 blogger. Dah lama sebenarnya dapat, baru ni ada masa nak ambil.

Berikut ialah award pemberian farahusain. Terima kasih farah..


1) Postkan gambar di blog-
dah pun..

2) Sebutkan siapa yang memberi anugerah ini dan sertakan pautan blog pemberi anugerah-

3) Beri anugerah ini kepada lima orang sahabat-
hmm.. ini yg susah sikit ni. Macam ni lah kan.. ku beri pada pengunjung blog ini, sesiapa saja yg sudi mengambilnya.

* * * * * * * * *

Ini pula tag dari Amirah Abd Hamid. Terima kasih amirah.. :)

1. nyatakan usia blog anda
Hmm.. kira2 baru 4 bulan gitu..

2. terangkan kenapa anda berblogging
Nak ikutkan malas.. tapi disebabkan ramai yg bertanya blog ku utk membaca terus karya2 ku di blog, terpaksalah rajinkan diri. Kebetulan disokong oleh bos..

3. nyatakan blog pertama yg anda bace
Blog dari teman blogger juga, LeaQistina.

4. letakkan n3 pertama dlm blog anda
Entry pertama bukan di blog ini tapi blog Impian Putri. Nak letak kat sini panjanglah. Ianya sebuah cerpen bertajuk Dia Rupanya. Nak tengok silalah ke blog tu.

5. huraikan entry tersebut
Oh cerpennya mengisahkan ‘perbualan’ seorang AKU bersama teman chattingnya yg diarasakan berbeza dari kenalan yg lain. Namun akhirnya keperbezaan itu sememangnya jauh berbeza dari apa yg terfikir olehnya. Ingin tahu silalah baca cerpen tu..

6. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda.


k.. tu dia.. mestilah bunga lily.. :)

7. harapan anda
Harapan agar dgn berblog begini, ku lebih mengenali ramai kerenah insan2 di luar sana seperti mereka mengenali ku melalui ketiga2 blog ku.

8. pas tag nie pada sape yg anda nk..
Hmm.. rasa2nya semua dah dpt tag yg sama.. takpelah kepada sesiapa yg menjenguk ke blog ni dan terbaca, silalah salin tag ni. Tapi dah ambil bilang ye jadi ku boleh baca apa jawapan kalian pada soalan2 tag ni.
Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan Lily sangat menghargainya.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~