Setelah 3 hari bercuti dari mengadap komputer, hari ini baru berpeluang membukanya dan mencatat kenangan sewaktu bercuti ke Tiara Beach Resort Port Dickson Seremban. Berangkat pagi Ahad 6 Jun dan balik malam Selasa 8 Jun. Kami seramai 5 keluarga yang terdiri daripada keluarga adik beradikku, memandu sendiri ke sana. 2 kereta MPV baru mencukupi. Hehe...
Pada hari pertama di sana kami sekadar meninjau ke seluruh pelusuk resort. Terpaksa sabarkan anak2 sedara yang dah tak sabar nak mandi. Aku sendiri masih letih duduk memandu sepanjang jalan. Tambahan pula sedang sakit bulanan, tabahlah letih memikirkan tak dapat berendam bersama ahli keluarga. Hari kedua kami bersarapan maggie mangkuk dan roti je. Kemudian kami keluar dari kawasan resort untuk ke bandar PD, makan tengahari dan bermain gocart. Sebelum balik ke resort sempat kami pekena air kelapa dan keropok lekor. Sampai saja di resort apalagilah, anak2 sedaraku terus terjun pool. Hehe. Sebelah malam ada show di dewan serbaguna. Adalah perasmian untuk majlis apa di situ, tak kuketahui. Tapi kami berpeluang melihat persembahan nyanyian dan tarian raja gelek Datuk M.Daud Kilau.
Hari ketiga kami bersarapan di resort. Selepas check out jam 12 tengahari, kami bergerak pulang ke Singapura. Tapi sempat singgah di Air Hitam. Dah lama tak ke sana. Tiba di Checkpoint Tuas Singapura sekitar jam 8 lebih malam.
Berpuas hatilah dengan tempat percutian kali ini walaupun pada awalnya kami tiba di Tiara Beach Resort tu, agak letih menunggu di bawah flat kerana bilik belum siap dibersihkan. Padahal dah pukul 3 lebih. Kata check in pukul 3.00pm. Apapun yang penting alhamdulillah pergi balik selamat.
Salam Sayang
~Putri Lily~






salam sobat
BalasPadampasti puaslah bercutiannya mba Lily.
walaupun agak letih.
marhaban ya ramadhan
selamat menunaikan ibadah puasa
mohon maaf lahir dan batin.
Salam kembali,
BalasPadamAlhamdulillah mmg sgt berpuas hati dgn percutian kali tu. terima kasih Nura kerana berkunjung ke sini juga dan slmt berpuasa buat kamu sekeluarga. :)