Ahad, Mei 30, 2010

PELANGI PETANG

Salam Diari,

Ini gambar pelangi yang sempat kuambil sewaktu driving dari kampung makcikku di Pontian Johor untuk pulang ke Singapura, minggu lepas.

Memang pada awal sebelumnya cuaca gelap dan hujan renyai-renyai. Tak sangka akan dipertemukan dengan pelangi yang cantik dan jelas terbentang di depan mata. Indahnya warna pelangi indah sungguh ciptaan Tuhan.

Cuma di hati ni sering timbul pertanyaan, mengapa kita hanya mampu melihat pelangi dan keindahan warnanya pada bahagian tengah saja. Selalunya bahagian pangkal dan penghujungnya pasti terselindung di balik awan. Teringin melihat keseluruhannya 'tubuh' pelangi.

Yah! Seperti kehidupan ini juga. Lahirnya kita ke dunia dengan sendirinya dari kecil telah dicorakkan oleh ibu bapa. Kemudian bila dewasa barulah kita dapat mencorakkan sendiri warna kehidupan kita mengikut warna kegemaran. Seindah warna pelangi. Namun di penghujung kehidupan? Tiada siapa yang mampu meramal, bagaimanakah akhirnya kehidupan kita. Tentu seperti pelangi yang tak siapa tahu bagaimana bentuk penghujungnya.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Isnin, Mei 24, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH

       
Terharu dengan pemberian semua

Salam Diari,

Seperti yg pernah kujanjikan di entri yg sudah, inilah dia hadiah2 yg kuperolehi dari para sahabat lama dan baru, juga keluarga tercinta.


Minyak wangi (Kenzo) dan gelang kaki (Silvera)

Ini adalah pemberian ibu dan adik-beradik tersayang.

Sepasang kain ela (Lace & Satin)

Ini pemberian kawan2 kerja baru seramai 30 orang.

Beg kunci (Coach)

Ini dari pemberian 3 orang kawan kerja lama, Kak Radiah, Kak Ani dan Kak Fizah.

Set Brooch Purple

Ini pemberian kawan kerja lama juga yg sangat kuhormati, Kak Sal.

Bahan mandian dan wangian (Aqua Lily-Body Shop)

Ini dari kawan kerja lama juga, Kak Ida. Dia tahu kusuka dengan apa jua barangan yg berlambangkan bunga lily. Hehe...

Pengalas oven dan drawer (Avon)

Ini juga dari seorang lagi kawan kerja lama, Kak Ruby.

Beg duit (Gucci) dan 2 Set Brooch

Ini dari Kak Leha, kawan merangkap customer.

Gelang Black Silver

Ini dari Kak Jah, kawan merangkap customer juga.


Balang kaca (Soga)

Ini dari Kak Tina, kawan merangkap customer lama juga.

Terima kasih atas ingatan dan doa semua. Aku sangat menghargai dan menyimpannya sebagai kenangan sepanjang hayat. Insya-Allah.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Isnin, Mei 10, 2010

KE KL LAGI

Salam Diari,

8 & 9 May kelmarin ku ke KL lagi. Sebenarnya bertujuan utk ke bengkel penulisan lagi. Tapi last minit bengkel tu dibatalkan atas sebab2 yg tak mampu dielak. Pun begitu aku teruskan juga ke sana kerana semua hal2 yg berkaitan dgn penerbangan sudah dibooking awal2. Kira ok jugalah sesekali dapat rehatkan minda. Kalau di sini ku tak berpeluang nak jalan2 cuci mata, tapi di sana puas.

Kali ini ku ke sana melalui angkasa dengan menggunakan khidmat Budget Terminal aku menaiki Tiger Airlines terus ke LCCT. Dari sana ku naik bas ke KL Sentrel. Aku menginap di Hotel KL Centrel, ku merayap dengan turun naik... hmm kalau kat sini baik EW ke NS ke atau NE atau yg baru ni CL line ke tetap kita hanya ada 1 panggilan iaitu MRT. Oh! ada lagi 1 LRT, tapi di sana mcm2, ada monorail, KTM, komuter, mcm2lah. Tapi yg tak pastinya sama ada semua itu berlainan atau sama ke tak tahulah. Mungkin kalau komuter tu MRT dan monorail tu LRT ke? Tak tahulah.



Tak cukup dgn tu ku belajar turun naik bas di sana utk ke satu2 tempat. Hmm... sempat ku jalan ke Bukit Bintang dan Sungei Wang. Tak sangka di sana aku berjumpa dgn berbagai ragam dan telatah anak2 muda. Tak hairanlah sebab di sini pun sama. Cuma sedih sebab ada tu yg terlalu muda seawal sekolah rendah dah berjinak dgn rokok. Kalau kat sini kanak2 di bawah umur 18 tahun tak dibenarkan membeli rokok. Dari pengamatan aku pasti ibu-bapa mereka tak tahu kegiatan mereka  di luar sana. Haiz...

Dari KL Sentrel  ku naik bas ke Petaling Jaya utk ke Pusat beli-belah di One Utama. Jumpa Siti Norhaliza dan keluarga di sana. Kebetulan dia ada acara bertemu prminat sempena barangan kosmetiknya, Simply Siti.



Bila cerita tentang pengalaman, rasa2nya ku percaya pada kata2 malu bertanya sesat jalan. Hehe... Aku mengikut kata2 tersebut. Tak malu pun walaupun kekadang sikap sesetengah orang yg kita bertanya tu... entahlah, mereka agaknya yg malu menjawab. Niat hati nak tanya dgn orang seugama, tapi jawabnya nak tak nak. Yg berugama lain pula yg jawab panjang lebar. Niat hati lagi nak tanya dengan kaum sejenis tapi pandang kita pun tak. Yg jawab kawan sebelahnya, kaum adam. Haiz... (luahan hati tau ni) Patutnya kena buat kekata baru 'Malu Menjawab Sesat Ajaran' hahaha!

Salam Sayang
~Putr Lily~