Salam Diari,
8 & 9 May kelmarin ku ke KL lagi. Sebenarnya bertujuan utk ke bengkel penulisan lagi. Tapi last minit bengkel tu dibatalkan atas sebab2 yg tak mampu dielak. Pun begitu aku teruskan juga ke sana kerana semua hal2 yg berkaitan dgn penerbangan sudah dibooking awal2. Kira ok jugalah sesekali dapat rehatkan minda. Kalau di sini ku tak berpeluang nak jalan2 cuci mata, tapi di sana puas.
Kali ini ku ke sana melalui angkasa dengan menggunakan khidmat Budget Terminal aku menaiki Tiger Airlines terus ke LCCT. Dari sana ku naik bas ke KL Sentrel. Aku menginap di Hotel KL Centrel, ku merayap dengan turun naik... hmm kalau kat sini baik EW ke NS ke atau NE atau yg baru ni CL line ke tetap kita hanya ada 1 panggilan iaitu MRT. Oh! ada lagi 1 LRT, tapi di sana mcm2, ada monorail, KTM, komuter, mcm2lah. Tapi yg tak pastinya sama ada semua itu berlainan atau sama ke tak tahulah. Mungkin kalau komuter tu MRT dan monorail tu LRT ke? Tak tahulah.
Tak cukup dgn tu ku belajar turun naik bas di sana utk ke satu2 tempat. Hmm... sempat ku jalan ke Bukit Bintang dan Sungei Wang. Tak sangka di sana aku berjumpa dgn berbagai ragam dan telatah anak2 muda. Tak hairanlah sebab di sini pun sama. Cuma sedih sebab ada tu yg terlalu muda seawal sekolah rendah dah berjinak dgn rokok. Kalau kat sini kanak2 di bawah umur 18 tahun tak dibenarkan membeli rokok. Dari pengamatan aku pasti ibu-bapa mereka tak tahu kegiatan mereka di luar sana. Haiz...
Dari KL Sentrel ku naik bas ke Petaling Jaya utk ke Pusat beli-belah di One Utama. Jumpa Siti Norhaliza dan keluarga di sana. Kebetulan dia ada acara bertemu prminat sempena barangan kosmetiknya, Simply Siti.
Bila cerita tentang pengalaman, rasa2nya ku percaya pada kata2 malu bertanya sesat jalan. Hehe... Aku mengikut kata2 tersebut. Tak malu pun walaupun kekadang sikap sesetengah orang yg kita bertanya tu... entahlah, mereka agaknya yg malu menjawab. Niat hati nak tanya dgn orang seugama, tapi jawabnya nak tak nak. Yg berugama lain pula yg jawab panjang lebar. Niat hati lagi nak tanya dengan kaum sejenis tapi pandang kita pun tak. Yg jawab kawan sebelahnya, kaum adam. Haiz... (luahan hati tau ni) Patutnya kena buat kekata baru 'Malu Menjawab Sesat Ajaran' hahaha!
Salam Sayang
~Putr Lily~






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan Lily sangat menghargainya.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~