Isnin, Disember 13, 2010

DAH BERSARANG!


Salam Diari,

Ya Allah! lamanya ku tak menjenguk ke blog usang ni. Untuk mencatatkan perkhabaran terbaru apalah lagi. Tak tahulah ke mana ku pergi dan apa yg kulakukan, sehingga begitu terhad masaku sepanjang hari sejak beberapa bulan ni.

Apa yg kusedari, ianya bermula sejak aku sudah mula diambil bekerja sepenuh masa. haiz...

Rindunya pada semua yg berhubung kait dgn blogger. Ya Allah!

Salam Sayang
~Putri Lily~

Rabu, Jun 09, 2010

BERCUTI DI PORT DICKSON SEREMBAN

Salam Diari,

Setelah 3 hari bercuti dari mengadap komputer, hari ini baru berpeluang  membukanya dan mencatat kenangan sewaktu bercuti ke Tiara Beach Resort Port Dickson Seremban. Berangkat pagi Ahad 6 Jun dan balik malam Selasa 8 Jun. Kami seramai 5 keluarga yang terdiri daripada keluarga adik beradikku, memandu sendiri ke sana. 2 kereta MPV baru mencukupi. Hehe...

Pada hari pertama di sana kami sekadar meninjau ke seluruh pelusuk resort. Terpaksa sabarkan anak2 sedara yang dah tak sabar nak mandi. Aku sendiri masih letih duduk memandu sepanjang jalan. Tambahan pula sedang sakit bulanan, tabahlah letih memikirkan tak dapat berendam bersama ahli keluarga. Hari kedua kami bersarapan maggie mangkuk dan roti je. Kemudian kami keluar dari kawasan resort untuk ke bandar PD, makan tengahari dan bermain gocart. Sebelum balik ke resort sempat kami pekena air kelapa dan keropok lekor. Sampai saja di resort apalagilah, anak2 sedaraku terus terjun pool. Hehe. Sebelah malam ada show di dewan serbaguna. Adalah perasmian untuk majlis apa di situ, tak kuketahui. Tapi kami berpeluang melihat persembahan nyanyian dan tarian raja gelek Datuk M.Daud Kilau.

Hari ketiga kami bersarapan di resort. Selepas check out jam 12 tengahari, kami bergerak pulang ke Singapura. Tapi sempat singgah di Air Hitam. Dah lama tak ke sana. Tiba di Checkpoint Tuas Singapura sekitar jam 8 lebih malam.

Berpuas hatilah dengan tempat percutian kali ini walaupun pada awalnya kami tiba di Tiara Beach Resort tu, agak letih menunggu di bawah flat kerana bilik belum siap dibersihkan. Padahal dah pukul 3 lebih. Kata check in pukul 3.00pm. Apapun yang penting alhamdulillah pergi balik selamat.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Ahad, Mei 30, 2010

PELANGI PETANG

Salam Diari,

Ini gambar pelangi yang sempat kuambil sewaktu driving dari kampung makcikku di Pontian Johor untuk pulang ke Singapura, minggu lepas.

Memang pada awal sebelumnya cuaca gelap dan hujan renyai-renyai. Tak sangka akan dipertemukan dengan pelangi yang cantik dan jelas terbentang di depan mata. Indahnya warna pelangi indah sungguh ciptaan Tuhan.

Cuma di hati ni sering timbul pertanyaan, mengapa kita hanya mampu melihat pelangi dan keindahan warnanya pada bahagian tengah saja. Selalunya bahagian pangkal dan penghujungnya pasti terselindung di balik awan. Teringin melihat keseluruhannya 'tubuh' pelangi.

Yah! Seperti kehidupan ini juga. Lahirnya kita ke dunia dengan sendirinya dari kecil telah dicorakkan oleh ibu bapa. Kemudian bila dewasa barulah kita dapat mencorakkan sendiri warna kehidupan kita mengikut warna kegemaran. Seindah warna pelangi. Namun di penghujung kehidupan? Tiada siapa yang mampu meramal, bagaimanakah akhirnya kehidupan kita. Tentu seperti pelangi yang tak siapa tahu bagaimana bentuk penghujungnya.

Salam Sayang
~Putri Lily~