Rabu, April 01, 2009

PERMULAAN DAN PERCUBAAN


Salam diari,

Sudah berapa ramai kenalan ku mempunyai blog mereka sendiri. Di mana mereka boleh mencatatkan berbagai kisah untuk dikongsi. Juga postkan karya-karya mereka untuk tatapan dan bacaan kenalan. Ku hanya jadi pengunjung blog-blog mereka tanpa meninggalkan apa-apa komen. Membaca tiap apa yang jadi catatan mereka. Sungguh, ku terpegun dengan daya kreatif mereka menghiasai blog-blog mereka.

Ramai juga kenalan-kenalan ku yang bertanya apa alamat blog ku? Aku sendiri tak tahu kenapa begitu payah untuk ku cuba berblog sendiri. Apabila seseorang yang dengan sukacitanya memintaku untuk cuba buka blog, kerana katanya dengan cara ini peminat yang minat membaca akan berpeluang mengenali dan menghayati karya-karyaku.

Setelah berfikir begitu lama.. aku mengambil keputusan untuk mencuba.. terkial-kial juga.. hehe.. Inilah hasilnya.. Namun belum banyak yang terisi. Semuanya masih baru dan dalam proses pembaikan. Nantilah.. sedikit demi sedikit.. Kerana ku juga punya cita rasa untuk hiasi blog sendiri.. Insya-Allah

Salam Sayang
~Putri Lily~

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Sekurang2nya awak hendak juga hiasa blog awak dgn bunga2 yg indah ini...saya nya blog simple jer...(",) Ketiga2 blog awak saya baca...mampu awak jaga 3 blog ya...saya 1 ajer dah tak larat :-)

    Ok sampai lain kali maaf ya saya berkomen di sini. Wasalam.

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumsalam,

    Terima kasih awk kerana berkunjung ke sini.

    Lily(ish! kekoknya gelar nama sendiri kat awk) terpaksa buat 3 blog berasingan sebab tak mahu campur adukkan hal peribadi,karya cerpen/novel dan karya puisi. Sebab bukan semua yg minat baca cerita itu minat pada puisi juga. Dan bukan semua pembaca karya itu mahu tahu hal peribadi penulis.

    Tak susah jaga 3 blog sebab bukan hari2 nak upload. Cuma baru2 tu sibuk sikitlah nak hias ke tiga2nya.. tapi lily lebih utamakan blog Impian Putri.

    ~Putri Lily~

    BalasPadam

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan Lily sangat menghargainya.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~