Salam diari,
Dah 2 minggu ku menanggung sakit gusi. Haiz.. pada ku lah biarlah sakit lain, jangan sakit gigi atau gusi bengkak. Tak tahulah kalau orang lain.. tapi kalau ku, pasti nanti sakitnya akan terus menikam ke kepala. Pening semacam..
Tapi selalunya masih dapat bertahan. Telan panadol, kejap lepas tu dah hilang sakit. Kalau rasa sakit balik pun kadang-kadang selang sehari. Jumaat lepas dah tak rasa sakit, Alhamdulilllah lah.. Tapi pagi semalam sakitnya datang semula. Kali ni betul-betul teruk. Entahkan betul sakit tu datang dari gusi ku yang bengkak ke atau apa entah? ku rasa sakit yang terlebih-lebih ialah di bahagian kepala. Betul-betul tepi otak sebelah kiri, di mana sebelah situlah gusi ni bengkak. Sakitnya.. aduhai! Tak tercakap kat sini.
Makan panadol juga tapi kali ni lambat nak hilang bisanya. Malah makin menyusuk-nyusuk bisa kepala tu.. Sampaikan ku terbaring, menggigil badan ni tapi bukan kesejukan malah badan ku berpeluh tahan sakit. Sehinggakan.. ku menangis.
Apa-apa pun ku harap ianya takkan melarat dan insya-Allah akan jumpa doktor dalam masa berapa hari ni..
Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan Lily sangat menghargainya.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~