Selasa, Januari 12, 2010

CITA-CITA DAN TANGGUNGJAWAB


Salam Diari,


Hari ini aku membuka lembaran ini lagi setelah sekian lama tidak mencoretkan sesuatu. Bukan tiada cerita, hanya tak tak tahu ianya perlu atau tak ku menceritakan di sini.


Jika perlu pun hanya cerita pengalamanku ke KL semata2 kerana mengikuti bengkel penulisan novel baru2 ini. Sesuatu yg menjadi cita2ku selama ini. Bukan tidak ada bengkel begitu di sini, tapi ilmu yg kucari utk diterapkan dalam dada seorang penulis baru tidak ku temui di sini. Sekiranya semua itu ada di sini, aku tak perlu pergi sejauh itu. Apa sebenarnya dan ilmu yg bagaimana mahuku, biarlah aku saja yg mengetahuinya. Sukar sekali utk ku jelaskan.


Kemahuan cita2 dan tanggungjawab bersimpang siur dalam catuan harianku. Mampu menjadikan salah faham, mampu dijadikan perbalahan. Semua itu gara2 tiada sokongan dari keluarga terdekat. Apakah dengan hanya berbengkel sekali saja, kita sudah mampu menjadi penulis profesional? Huh! Satu persoalan yg bakal diketawakan org barangkali. Tidak mereka tahu ilmu dituntut tak mengira kita sudah berjaya atau belum?


Apa2pun ntuk bengkel2 seterusnya yg ingin ku sertai, aku akan pastikan kepergianku mendapat restu dari semua. Insya-Allah...


Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan Lily sangat menghargainya.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~