Salam Diari,
Setelah lama ku membisu dari mencoret sesuatu, kini ku kembali dengan berita terbaru. Bersama kesibukan harian, aku masih sempat mengikuti perkembangan dan berita2 terkini dari blog2 yang boleh dipercayai. Aku terbaca berita tentang Antologi Puisi Hari Guru yg akan diterbitkan Mei nanti.
Aku amat berminat untuk menyertainya. Rasanya peluang seperti itu akan lebih menguja bila pertanyaan kita menerusi emel dibalas oleh pihak penyelenggara. Apalagi untuk percubaan yang pertama kali. Itu yg kualami. Dengan tak terbalasnya emel pertama dari orang yg pertama cuba kuhubungi, tak memutuskan semangatku untuk bertanya lagi. Kali ini kucuba berurusan dengan orang kedua menerusi emelnya. Alhamdulillah pertanyaanku terjawab.
3 puisi hasil ilhamku sudah kuhantar. Pihak penyelenggara sedang menilaikan. Berharap sangat ianya diterima untuk penerbitan. Insya-Allah.
Dalam masa yg sama aku juga sudah menghantar sebuah cerpen untuk terbitan Berita Minggu. Kali pertama aku cuba menembusi media Singapura. Sepatutnya sudah lama aku melakukan demikian. tapi entahlah...
Mungkin disebabkan kegairahan bila melihat karya teman2 seperjuanganku sudah mula hangat tersiar di akhbar2 dan majalah2 di M'sia? Atau mungkin sebab aku kecewa bila beberapa karyaku yg telah kuhantar utk penerbitan media di M'sia, senyap begitu saja? Mungkin karyaku atau biodata diriku tak punya cukup syarat utk menembusi media di sana. Bila kuteliti semua biodata teman2 penulis, rata2 mereka semua berpelajaran dan berpengalaman. Sedangkan aku... baru mahu menapak.
Kalaulah aku mampu menyuarakan sejarah kelahiranku... Aku tak mahu terus diburu dosa bila memikirkan ketidakadilan mereka yg mengasingkanku dari keluarga. Aku mahu melupakan... Kerana itu aku merahsiakan. Sudah dulu ya...
Salam Sayang
~Putri Lily~






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan Lily sangat menghargainya.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~