Salam Diari,
Semalam seorang rakan kerjaku meminta aku meminjamkan novel Jendela Hati karya penulis idolaku, Aisya Sofea. Dia tahu aku menyimpan kesemua sembilan novel penulis tersebut.
Tapi puas kucari di rak buku, novel yg dimaksudkan tiada dalam susunan karya Aisya Sofea. Menggelabah aku dibuatnya. Ke mana hilangnya buku tu? Ada yg meminjam tapi belum pulangkan semula ke? Tapi siapa yg pinjam? Aku benar2 lupa.
Ya Allah sayangnya buku tu kalau betul2 hilang. Dah lama rasanya buku tu kubeli. Entah sejak bila ia hilang tak kusedari. Berterima kasih juga aku kepada kawan kerjaku yg mahu meminjam novel tu. Jika tak kerana keinginannya, sampai kini pun aku tak tahu yg novel tu telah hilang. Macammanapun aku mesti dapatkan 1 lagi buku tu walau terpaksa membeli yg baru.
Cerita pasal buku hilang, aku teringat pula kisah 2 novel karya Fauziah Ashari - Ombak Rindu dan sinambungannya, Cinta Tiada Akhirnya. 2 buku ni aku pinjamkan kepada seorang kenalan siber yg juga minat membaca. Penghantaran secara post sebab kami tak pernah bertemu. Aku percayakan dia sebab kami dah kenal lebih 6 tahun. Tapi sayangnya buku2 tu tak pernah dipulangkan semula. Macam2 alasan yg diberi. Sampai naik jelak aku mengingatkannya.
Haiz... entahlah. Pelik dgn sikap sesetengah orang yg tak pernah menghormati hak orang lain. Hingga kini aku masih mencari novel Ombak Rindu untuk simpanan. Sinambungannya CTA sudah kudapati. Alhamdulillah.
Salam Sayang
~Putri Lily~






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan Lily sangat menghargainya.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~