Ahad, Mei 02, 2010

TUAH DI BULAN KEGEMILANGAN BUNGA LILI (Lily of the Valley)

Salam Diari,

Hari ini, aku mencatatkan sesuatu yg akan menjadi kenanganku sepanjang hayat. Terlebih dulu, alhamdulillah sekali lagi kudiberi peluang meminjam oksigen dunia utk meneruskan kehidupanku seterusnya. Bermula seawal semalam, 1st Mei sehingga akhir bulan Mei nanti, aku mengharapkan kegembiraan menyelubungi harianku. Mahuku biarlah sehingga ke bulan berikutnya juga. Insya-Allah.

Semalam company tempatku bekerja mengadakan majlis makan malam utk semua staf buat julung2 kalinya. Buat pertama kalinya juga aku yg kelihatan simple pada hari2 biasa, mlm itu aku berdandan agak luar biasa. Bukan berdandan apanya, hanya sekadar bermakeup saja. Tapi memang semalam kali pertama kawan2ku melihat perubahan itu. Maklum, hari2 biasa aku tak kuasa nak makeup2. Yg kelakarnya pada mulanya semua macam tak kenal aku. hehe...

Sebelum itu semasa berkumpul dengan keluarga, aku dikejutkan dgn pemberian dari mereka. Sebotol wangian jenama Kenzo kegemaranku dan seutas rantai kaki jenama Silvera. Pada akhir bulan April lalu, awal2 lagi ku menerima hadiah dari 3 orang kakak/kawan kerja di syarikat lamaku. Sebuah beg syiling jenama Coach. Bersempena hari ini 2 Mei, aku dikejutkan pula dengan pemberian dari kawan2 kerjaku seramai 30 orang, 1 suit kain lace berlining warna emas.

Aduhai... terharu sungguh aku jadinya. Bukan kerana hadiah dari mereka, tapi kerana ingatan dan ucapan yg mereka tujukan. Terima kasih semua. Insya-Allah akan kukumpulkan semua pemberian itu, nanti akan kupetik gambar dan postkan di diari ni sebagai kenanganku.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialu-alukan dan Lily sangat menghargainya.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~