Ahad, Mei 02, 2010

TUAH DI BULAN KEGEMILANGAN BUNGA LILI (Lily of the Valley)

Salam Diari,

Hari ini, aku mencatatkan sesuatu yg akan menjadi kenanganku sepanjang hayat. Terlebih dulu, alhamdulillah sekali lagi kudiberi peluang meminjam oksigen dunia utk meneruskan kehidupanku seterusnya. Bermula seawal semalam, 1st Mei sehingga akhir bulan Mei nanti, aku mengharapkan kegembiraan menyelubungi harianku. Mahuku biarlah sehingga ke bulan berikutnya juga. Insya-Allah.

Semalam company tempatku bekerja mengadakan majlis makan malam utk semua staf buat julung2 kalinya. Buat pertama kalinya juga aku yg kelihatan simple pada hari2 biasa, mlm itu aku berdandan agak luar biasa. Bukan berdandan apanya, hanya sekadar bermakeup saja. Tapi memang semalam kali pertama kawan2ku melihat perubahan itu. Maklum, hari2 biasa aku tak kuasa nak makeup2. Yg kelakarnya pada mulanya semua macam tak kenal aku. hehe...

Sebelum itu semasa berkumpul dengan keluarga, aku dikejutkan dgn pemberian dari mereka. Sebotol wangian jenama Kenzo kegemaranku dan seutas rantai kaki jenama Silvera. Pada akhir bulan April lalu, awal2 lagi ku menerima hadiah dari 3 orang kakak/kawan kerja di syarikat lamaku. Sebuah beg syiling jenama Coach. Bersempena hari ini 2 Mei, aku dikejutkan pula dengan pemberian dari kawan2 kerjaku seramai 30 orang, 1 suit kain lace berlining warna emas.

Aduhai... terharu sungguh aku jadinya. Bukan kerana hadiah dari mereka, tapi kerana ingatan dan ucapan yg mereka tujukan. Terima kasih semua. Insya-Allah akan kukumpulkan semua pemberian itu, nanti akan kupetik gambar dan postkan di diari ni sebagai kenanganku.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Jumaat, April 23, 2010

KE MANA HILANGNYA?


Salam Diari,

Semalam seorang rakan kerjaku meminta aku  meminjamkan novel Jendela Hati karya penulis idolaku, Aisya Sofea. Dia tahu aku menyimpan kesemua sembilan novel penulis tersebut.

Tapi puas kucari di rak buku, novel yg dimaksudkan tiada dalam susunan karya Aisya Sofea. Menggelabah aku dibuatnya. Ke mana hilangnya buku tu? Ada yg meminjam tapi belum pulangkan semula ke? Tapi siapa yg pinjam? Aku benar2 lupa.

Ya Allah sayangnya buku tu kalau betul2 hilang. Dah lama rasanya buku tu kubeli. Entah sejak bila ia hilang tak kusedari. Berterima kasih juga aku kepada kawan kerjaku yg mahu meminjam novel tu. Jika tak kerana keinginannya, sampai kini pun aku tak tahu yg novel tu telah hilang. Macammanapun aku mesti dapatkan 1 lagi buku tu walau terpaksa membeli yg baru.

Cerita pasal buku hilang, aku teringat pula kisah 2 novel karya Fauziah Ashari - Ombak Rindu dan sinambungannya, Cinta Tiada Akhirnya. 2 buku ni aku pinjamkan kepada seorang kenalan siber yg juga minat membaca. Penghantaran secara post sebab kami tak pernah bertemu. Aku percayakan dia sebab kami dah kenal lebih 6 tahun. Tapi sayangnya buku2 tu tak pernah dipulangkan semula. Macam2 alasan yg diberi. Sampai naik jelak aku mengingatkannya.

Haiz... entahlah. Pelik dgn sikap sesetengah orang yg tak pernah menghormati hak orang lain. Hingga kini aku masih mencari novel Ombak Rindu  untuk simpanan. Sinambungannya CTA sudah kudapati. Alhamdulillah.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Isnin, April 19, 2010

TAG DARI LEA QISTINA LAGI

Salam Diari,




Lama betul tak masukkan entri di blog ini. Sesekali menjenguk ke sini dah pastilah ada cerita yg nak kucoretkan. Bukan cerita apapun. Sekadar menyempurnakan persoalan tag dari kenalan blogger. Dah lama juga tak terima tag dari sesiapa. Igtkan dah tak musim. Rupanya ada juga lagi. Cuma penerimaan kali ini entah sesuai ke tak dengan diriku. Hehe...

Baiklah dengan tak membuang masa lagi. Bermula dengan soalan pertama.

1) adakah anda rasa HOT?
Hot dari sudut cuaca dah tentulah. Tapi HOT dari sudut gaya diri, tak lah.

2) Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang..?




3) Cerita pasal gambar nih...
Suka sebab gambar bunganya kerana kumemang peminat bunga. Wallpaper ni pun menjadi background salah 1 blogku yg lain.

4) Kali terakhir makan PIZZA...?
Yg dikatakan betul2 makan tu tak pernahlah. Setakat secubit rasa adalah. Ianya dalam bulan lepas. Jika ada pilihan lebih suka makan roti je.

5) Lagu terakhir anda dengar...?
Lagu iklan kat radio, tak ingat lagu apa. Tapi esok masih ada, kan? Takut kalau betul itu lagu terakhir yg kudengar. :)

6) Apa anda buat selain selesaikan tag nih...?
Tak ingat nak buat apa2. Memang on pc takat untuk siapkan ni je.

7) Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa...?
Seorang sahabat memanggil Putri Jebat. Hehe... adalah ceritanya tu.

8) Tag lagi 5 orang sape yer nak tag...?
Ok cuba kasi kat mereka. Tu pun kalau mereka respon ye. Tapi pastikan anda membaca respon mereka juga. Kalau tak sia2 saja mereka menjawab soalan tag ni.


> Nura @ http://nuranuraniku.blogspot.com/
> Kaseh Esmiralda @ http://aiaijpop.blogspot.com/
> Amira @ http://lorelaiamythyst.blogspot.com/
> eija @ http://eija143.blogspot.com/
> Miss Kira @ http://thebeginningoftruelove.blogspot.com/

9) Siapa orang no 1 pada anda..?
Teman blogger.

10) Katakan sesuatu pada orang no 5...?
Tentu happy sejak dah berpindah ke blog baru, kan?

11) No 3 ada hubungan dengan sape...?
Dengan kawan2 dan keluarga dialah agaknya.

12) Bagaimana pulak dengan no 2....?
Pernah jumpa sekali di bengkel. Cute orangnya.

13) Kata-kata cinta dengan orang no 4...?
Glup! tak kenal sangat... maka tak cinta. hehehe

14) Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda...?
* Dia minat menulis
* Karya2nya banyak tersiar secara online
* Sibuk memanjang sampai nak ke bengkel pun tak sempat. :)
* Dia peramah (sebab tu ramai pengikut blognya)
* Apa lagi ye? tak tau apa berita terbaru darinya. Tapi agak2 dia tgh dilamun cinta, mungkin?


Fuh! Lega rasanya. Dah habis pun jawab tag.


Ok jumpa lagi di diari lain kali.


Salam Sayang
~Putri Lily~